Sunday, 25 December 2011

SELAMAT MENINGGAL EH SELAMAT TINGGAL

maka 3 hari lagi tamatlah sudah short sem

nk ajak nawal fer pijah buat lompatan berirama after exam. hehe

kepada sahabat handai jiran tetangga di kc ini
jangan rindu aku lebih2 sangat
11 hari lagi kita jumpa balik :P
eh, 11 ke?
brp hari kita cuti sebenarnya nih.haha
xpe lah, kalau cuti kurang 11 hari, nnt aku pandai2 lah buat cuti sendiri
ceh, nak kata aku jahat la tu, macam korg xpenah buat lah kan  -..-

many things happened recently,
hope that everything will be just fine :)

k, nak study.
exam statistic rabu nih.
ya allah, bagila nur syuhada dapat A stat dgn btq. amin

haha.bai

ps: aku teraddicted gila2 dengan lagu a little piece of heaven, semua gara2 naww dgn cip. cis, study dgr lagu ni, memey xmsk lah kan -..-

Tuesday, 13 December 2011

sial lah

mmg tu je yg mampu aku katakan, gile sgguh. bai

* cis, aku tulis 1800 patah perkataan sebenarnya. tiba2 hilang semua.

okay aku xde la seteruk ni, aku lagi teruk k. haha


 * semua khidupan aku yg berhari2 dah hilang disebabkan satu pangkahan.

im happy with my life,
are you?

Wednesday, 9 November 2011

short sem

hanya satu perkataan yang mampu aku ungkapkan
bagi menggambarkan situasi aku sekarang
BOSAN

kebosanan hampir meragut hidup aku. sungguh
aku nak balik, pelis lah

Friday, 28 October 2011

RESULT

ye, seperti yg sudah di sedia maklum
or mungkin ada yg belum bersedia menerima maklumat tersebut
err, apakah yg cuba aku perkatakan -..-

*ok abaikan
maka. pada tarikh 28.10.2011
tepat jam 1 tghari.
aku berjaya menembusi laman web uia
yg sememangnya mempunyai pengunjung
yang berpusu2 menziarahinya sejak smlm.

setelah dilihat dari sudut geometri dan fizikal
keputusan aku, err sangat tdk mmbrnsangkan sebenarnya
arhh go dai lah semua. xkn lah aku nk bunuh diri pulak

alhamdulillah, semua pass
result aku semua sama ngan nawal  memeyy lah kan
chemical bond kami berdua teramat lah ketatnya.
result, sama xpe. jangan bf sama sudahh HAHA

*eh, aku demam nih. serious. kbai

Tuesday, 18 October 2011

sang perasuk hati

hati yang sangat rakus boleh jadi jelly.
gara gara sang perasuk hati.

cis, nyah kau dari hidup aku.
aku mohon.

Friday, 14 October 2011

FACTS

1# aku cakap banyak sangaat sangaat dengan org yang aku senang masuk dan suka SAHAJA

2# aku sangat mudah marah, tpi try minta maaf cepat2. sebab aku pon sangat SENANG memaafkan

3# aku suka kawan ramai2. tapi, aku jenis  sangat SUSAH nak start kawan -.-

KAWAN,
easy to find, hard to forget.

:)

Thursday, 13 October 2011

C U T I H A M B A R

entry ni khassss
buat mereka2 yang sedang bercuti
tak kiralah korang cuti sehari, dua hari, seminggu, sebulan, setahun or sampai bila2.

EH lupa.
assalamualaikum :)

eh hambar tu apa? apa tu hambar?
hambar dengan berdebar tu sama ke?

yang ni daun ketumbar :)
maka dengan ini aku ingin mengisytiharkan disini
bahawa sesungguhnya cuti kali ini sangat agak hambar.
korang rasa tak? takkan aku sorang rasa? eh, mmg aku sorang rasa ke?
nak tau cuti korang berhambaran atau tidak?

SIMPTOM SIMPTOM CUTI HAMBAR

1# RUTIN
korang rasa rutin hidup korang drpd stat cuti sampai habis cuti xpernah berubah
-bangun pagi tengahari. kena maki dengan ibu bapa
-hantar adik pergi sk, tusyen, kls mengaji, kls tambahan, kls tolakan

2# HASIL TERNAKAN
semakin lama, korang dapat lihat ternakan2 lemak di badan korang membuahkan hasil yang sangat
produktif dengan kuantiti lemak yang sangat jayanya. kebosanan yg melanda mmbuatkan korang memakan
segala jenis hidupan mamalia yang hidup di bumi ini, tanpa memikirkan masa hadapan yang menanti
di hadapan *maaf, tatabahasa agak cacat.

3# KEKASIH GELAP
korang meluangkan masa dengan kekasih gelap korang aka FB, TWITTER dan yang sewaktu dengannya, lebih lama berbanding korang menatap dunia yang serba luas ini.
status status fb juga akan dihapdate dengan pesat sekali, tanpa mengira masa, bangsa dan kaum.

4# FBI
tanpa disedari korang menjadi stalker yang tidak berbayar, stalk org sana, stalk org sini. stalk bf dia,
stalk gf dia. stalk acc2 fb yang wujud. eh, kadang kadang korg lagi hebat drpd FBI. sedar takk. baik
korang sedar sekarang. cepatt

5# IQRA'
lastly, *cis, mmg dr tadi korg tunggu perkataan ni kan -..-
korang membazirkan masa yang ada dengan membaca
xkisahlah baca novel ke, blog ke, majalah sk ke, surat PIBG ke.
ada yang baca novel sama berjuta kali sampai buah pinggang korang pon naik muak, maka insulin tidak dirembeskan dengan sepenuhnya -..-

ada yang terasa? terdetik di hati dan sanubari bila terbaca simptom2 tersebut?
wehhh. SAH korang dijangkiti penyakit CUTI YANG HAMBAR.

HIGH 5!!

maka, cepat2 laa berdoa. agar cuti cepat habis, dan kehidupan terdahulu dapat diteruskan
dengan penuh kebahagiaan.

bai.

ps: abang GC, ku merinduimu.

1.11 AM

sunyi. hambar. kelam.
pagi tiba, tanpa malam menemani.
selamat pagi, pagi.

si+ai+en+ti+aa = cinta

assalamualaikum

cuba pejam mata.
pikir sekejap, kejap je.
apa itu cinta? cinta tu apa?

ada org kata cinta tu sangat buta.
betul ke?

ada org kata cinta tu sangat subjektif
ye ke?

ada org kata cinta je boleh buat manusia bahagia
ouh, eh?

okay, go dai dgn semua pertanyaan yg tidak berjawab di atas


aku bukan dr cinta -.-
aku nak jawab pon rasa  agak kurang  sangat tidak arif
mmndgkan aku xpernah terjebak dalam situasi sedemikian

apsal aku tetibe post cintaa cinta nih?
eh, aku tak bercinta, cuma tiba2 terdetik di cerebrum aku
yang dah agak berkarat, ekoran cuti yang agak hambar.
especially, bilaa tengok kanak2 ribena yg result upsr pon xkeluar lagi
dah siap berkapel, bercinta bagai nak rak.

gadis kelas A: i betul2 cinta dgn u. baby/sayang/abang etc.
jejaka kelas B:i pon cinta dgn u, xpe lepas habis sk. kita kawen, i janji.
tibe2 muncul gadis kelas C, goda2 jejaka kelas B.
jejaka kelas B: maafkan i, i rasa i dah xcinta u lagi
gadis kelas A: i betul2 cintakan u
jejaka kelas B: tapi i cintakan org lain. sorry, kbai
gadis kelas A jawab upsr main tanda je bulat2 sesuka hati. dapat result teruk. kena marah dengan parent. bunuh diri.

aku bukannya nak kutuk org bercinta ke apa
haa. jangan nak tuduh2 ehh -..-
xde, xpernah terdetik di hati dan sanubari aku yg murni nih
-___________-
cuma, bercintalah dgn berpada2
get it?
okay, bijak semua.

eh, nk makan megi. kbai

bercintalah dengan Dia yang sentiasa mencintai kita.

ps: wehh korang dahh dahh laa tutup mata tuh. cehh, jujur melampau laa kan -.-

Sunday, 9 October 2011

stupid

am i?
kept on waiting for things that won't be mine  NEVER being mine.

Tuesday, 13 September 2011

PENDEK PENGLIHATAN

assalamualaikum.

salam sejahtera, salam satu malaysia, salam sambil cium tangan.
okay, abaikan semua jenis salam yang ada kat Malaysia nih -..-

apa itu pendek penglihatan? ehem. 

Pendek mengikut kamus dewan sekolah suci murni bermaksud tidak panjang dan kerdil manakala,
Penglihatan mengikut kamus dewan sekolah suci tapi kurang murni ialah apa yang dapat kita lihat mggunakan mata kasar kita. okay.

so, pendek penglihatan is now referring to penglihatan yang kerdil. err err =.=
*okay, aku pening. n aku yakin, dan pasti korg pon pening sekarang kann
meh aku usaikan segala kekalutan yang berada di fikiran korg skrg *ecece hebakk ahh ayat :3

Pendek penglihatan or dalam bahasa omputih nyaa short sightedness atau lebih dikenali dengan nama fb nya rabun jauh adalah salah satu drpd dua jenis rabun yang aku tau iaitu rabun jauh n rabun dekat, rabun jauh means that org2 yg suffer from this problem akan nmpk semua objek yg jauh jauh ala ala blur manja manja giteww *haa muka dah nampak berseri2 dah tuh, ecece dah stat faham lettew. ngeh3 btw ingin ditegaskan disini org2 HEBAKK je yang selalu terjebak dengan rabun2 jauh nihh. eh, aku pon ada rabun jauh. apa ni apa ni, xsukaa la jadi org hebakk hebakk nih. *rasa nk tampar aku skrg kan. haha

FEW TIPS FOR THOSE WHO SUFFERING FROM THIS PROBLEM:
1- jauhi computer, buang semua laptop anda. humban dalam sungai klang -.- sebab, semakin lama korg mengisi masa lapang dgn on9 semakin bertambahlah power mata korg, n semakin sukarlah korg nk detect kalau kalau ada penyamun or perompak kat depan korg.

yes, throw like that bebeh :3


2-makan tomato banyak2, ni bkn aku yang cakap. tapi org2 yg hidup zaman dahulu kala bgitau n ada jugak laa pakar2 mata yg text aku bgtau semua bnda nih *sejak biloo den kawan ngan pakar mato nih? haha. *dahhh korang nih aku bgtau makan tomato banyak2 jangan laa pegi baham sampai berkg2 pulak. mampus kena saman aku, ajar org bunuh diri kat blog -..-

nak tomato yg mujarab, pegi beli dkt pasar tepi UIA :P

sebenanyaa ada bejuta tips lagi aku nk share ngan korg tp mmndgkan aku ada date mlm nih. CEHH, date la sangatt -..- aku kena pegi buat assignment IBE skrg. so nnt laa kalau aku xbz aku hapdate blog aku lg eh

kbai.

Sunday, 11 September 2011

its the 3rd time.

assalamualaikum.

hello malaysian, indonesian, singaporean bla bla n bla. *bajet je semua org nak baca blog aku kann -..-
okay, foine. berbajet biarlah berpada2. ahha

1-so salam semua. nama kita nur syuhada umur kita 18. Kitakan baru sahaja menjejakkan kaki di sebuah universiti sebenarnya. Kita kan kan..
2-yooo yoo, whats up dude. my name is nur syuhada yooww. im 18 yooooww.
3-kehadapan kalian, yang berada jauh di sana, nama adinda syuhada. adinda berusia 18 tahun. di pagi yang hening, ketika embun masih segar di dedaun..

*maaf, itu ke gaya penulisan yang korang harapkan dari aku? waddohelll -..-
aku hanyalaah insan biasa yang tidak mendapat A+ dalam kertas bahasa melayu kod 1030 pada spm yg lepas. -__________-

okay now lets move on to the main topic.
apa yang 3rd time sbenanya?
jeng jeng jeng
ni adalah blog aku yg ke3. mmndgkan dua drpdnya telah hilang diluput zaman. HAHA
seperti biasa aku khilaf, aku telah tinggalkan mereka mereka semua apabila agak sibuk mengejar duniawi.
xde la kejar mana pon sbenanya. -.-

jadi, baiklahh aku berjanji kali ni aku akan try ingat password blog betul2. or patot ke aku bgtau korg, so that bila aku xigt blh refer je from korg kann kann. *jangan harap -..-

eh, nk jumpa GC. kbai

ps: aku serious ada masalah ingatan.
pss: pusat sumber sekolah. bhahaha :P
psss: get ready to meet my beloved bf dalam post yang bakal datang. GC :)