Thursday, 13 October 2011

C U T I H A M B A R

entry ni khassss
buat mereka2 yang sedang bercuti
tak kiralah korang cuti sehari, dua hari, seminggu, sebulan, setahun or sampai bila2.

EH lupa.
assalamualaikum :)

eh hambar tu apa? apa tu hambar?
hambar dengan berdebar tu sama ke?

yang ni daun ketumbar :)
maka dengan ini aku ingin mengisytiharkan disini
bahawa sesungguhnya cuti kali ini sangat agak hambar.
korang rasa tak? takkan aku sorang rasa? eh, mmg aku sorang rasa ke?
nak tau cuti korang berhambaran atau tidak?

SIMPTOM SIMPTOM CUTI HAMBAR

1# RUTIN
korang rasa rutin hidup korang drpd stat cuti sampai habis cuti xpernah berubah
-bangun pagi tengahari. kena maki dengan ibu bapa
-hantar adik pergi sk, tusyen, kls mengaji, kls tambahan, kls tolakan

2# HASIL TERNAKAN
semakin lama, korang dapat lihat ternakan2 lemak di badan korang membuahkan hasil yang sangat
produktif dengan kuantiti lemak yang sangat jayanya. kebosanan yg melanda mmbuatkan korang memakan
segala jenis hidupan mamalia yang hidup di bumi ini, tanpa memikirkan masa hadapan yang menanti
di hadapan *maaf, tatabahasa agak cacat.

3# KEKASIH GELAP
korang meluangkan masa dengan kekasih gelap korang aka FB, TWITTER dan yang sewaktu dengannya, lebih lama berbanding korang menatap dunia yang serba luas ini.
status status fb juga akan dihapdate dengan pesat sekali, tanpa mengira masa, bangsa dan kaum.

4# FBI
tanpa disedari korang menjadi stalker yang tidak berbayar, stalk org sana, stalk org sini. stalk bf dia,
stalk gf dia. stalk acc2 fb yang wujud. eh, kadang kadang korg lagi hebat drpd FBI. sedar takk. baik
korang sedar sekarang. cepatt

5# IQRA'
lastly, *cis, mmg dr tadi korg tunggu perkataan ni kan -..-
korang membazirkan masa yang ada dengan membaca
xkisahlah baca novel ke, blog ke, majalah sk ke, surat PIBG ke.
ada yang baca novel sama berjuta kali sampai buah pinggang korang pon naik muak, maka insulin tidak dirembeskan dengan sepenuhnya -..-

ada yang terasa? terdetik di hati dan sanubari bila terbaca simptom2 tersebut?
wehhh. SAH korang dijangkiti penyakit CUTI YANG HAMBAR.

HIGH 5!!

maka, cepat2 laa berdoa. agar cuti cepat habis, dan kehidupan terdahulu dapat diteruskan
dengan penuh kebahagiaan.

bai.

ps: abang GC, ku merinduimu.

No comments:

Post a Comment